Wednesday, March 28, 2012

PELEPASAN EFFLUEN KE ALURAIR

Sebarang effluen yang dilepaskan ke alurair mestilah mematuhi piawai yang ditetapkan di dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977, - P.U. (A) 342 ;

  1. pH adalah tidak melebihi 9.00 dan tidak kurang daripada 5.00.
  2. Kepekatan Oksigen Biokimia yang diperlukan (BOD 3 hari, 30C) adalah tidak melebihi 100 mg/l.
  3. Kepekatan Pepejal Terampai (SS) adalah tidak melebihi 400 mg/l.
  4. Kepekatan Nitrogen Ammonikal (AN) adalah tidak melebihi 150 mg/l.#
  5. Kepekatan Jumlah Nitrogen (TN) adalah tidak melebihi 200 mg/l.#
  6. Kepekatan Minyak dan Gris (O&G) adalah tidak melebihi 50 mg/l.
  7. Suhu tidak melebihi 45C.

# nilai contoh yang ditapis


Sumber - Jabatan Alam Sekitar Johor.

No comments: