Monday, December 24, 2012

Diabetik Retinopati

Apakah diabetik retinopati?
Diabetik retinopati adalah komplikasi diabetes mellitus, berpunca daripada perubahan yang dialami saluran darah dalam retina. (Retina adalah lapisan saraf yang melapisi bahagian dalam mata dan amat penting untuk penglihatan). Sebarang perubahan yang berlaku dalam pembuluh darah seperti bocor, tersumbat dan pembentukan pembuluh darah baru yang luar biasa boleh mengancam penglihatan anda.

Bagaimana mengenalpasti anda mendapat diabetik retinopati?
Biasanya tidak terdapat tanda-tanda diabetik retinopati di peringkat awal. Di peringkat lanjut, anda mungkin mengalami ;
  • Kabur penglihatan
  • Penglihatan yang berubah-ubah
  • Herot penglihatan
  • Benda terapung dalam medan penglihatan
  • Hilang penglihatan sama sekali
Langkah-langkah berikut boleh melindungi dan memelihara penglihatan mata anda ;
  • Kawalan tahap gula darah
  • Kawal pengyakit darah tinggi
  • Amalan pemakanan yang sihat
  • Mengekalkan berat badan yang unggul
  • Selalu bersenam
  • Berhenti merokok
  • Pemeriksaan mata berkala (sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut syor doktor)

Sumber - Kementerian Kesihatan Malaysia


No comments: