Ledakan Kecemerlangan ..... Sikap kita ditentukan oleh cara kita melihat masalah. Apabila kita melihat masalah sebagai kesempatan untuk membangunkan diri, kita berfikiran positif. Sebaliknya, apabila kita melihat masalah sebagai perkara yang bakal memusnahkan kita, kita berfikiran negatif. Justeru, semasa berdepan dengan masalah, senyumlah dan berkata, "Alhamdulilah. Aku diberikan kesempatan untuk menjadi lebih berjaya." Kemudian, lakukan analisis ke atas masalah itu satu persatu. Jangan lupa, 'anda tidak boleh menelan seekor kuda sekali gus. Namun jika anda menelannya sedikit demi sedikit, akhirnya anda akan berjaya menelan seekor kuda'. Jelas sekali, yang menjadi masalah bukannya kuda, tetapi cara kita. Jangan kita lupakan kata-kata nabi yang bermaksud, "Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan adalah kesenangan."
Sumber - Tip-tip Cemerlang Daripada Quran / Dr. Danial Zainal Abidin / PTS
No comments:
Post a Comment