Tuesday, November 22, 2016

Tips 1 : Tingkatkan Keyakinan Berucap

  • Keyakinan untuk berucap di khalayak ramai bermula dari dalam diri anda. Pasakkan dalam minda bahawa anda sememangnya mampu untuk berucap dengan yakin kerana dalam keadaan biasa, anda berupaya untuk berbual dengan rakan sekeliling anda. Justeru, berucaplah seperti anda berbual dengan rakan anda.
  • Fahami ethos (karakter) , pathos (empati) dan logos (fakta atau statistik).
  • Kuasai eye contact dengan audiens dan selitkan emosi dalam eye contact.
  • Praktikkan 'suara dari perut' untuk hasilkan suara yang jelas dan mantap.
  • Gunakan tempo sebutan yang sesuai dengan majlis atau program.
  • Buat rujukan daripada sumber berautoriti untuk mana-mana istilah, kata nama, gelaran, jawatan dan lain-lain demi mengelakkan kesilapan.
  • Lakukan pengulangan sebutan terhadap istilah, kata nama, gelaran, jawatan dan perkataan daripada bahasa asing untuk membiasakan diri sebelum pengucapan sebenar.
  • Elakkan tabiat menyebut suku kata tiada makna seperti 'err', 'emm' dalam pengucapan.
  • Berucap tentang sesuatu topik yang kita ketahui atau fahami. Jika tiada maklumat, cuba dapatkan sedikit maklumat atau apa saja yang boleh dikaitkan dengan topik tersebut.
  • Berucaplah dari hati, kerana ucapan yang lahir dari hati akan sampai ke hati.

Sumber : 10 Tips Mudah Berucap Di khalayak Ramai / Mohamad Azrin Bin Hassan
                / Asa Mesra Printer