Friday, November 25, 2016

Tips 2 : Hapuskan Fobia Berucap

  • Fobia berucap termasuk perasaan gemuruh adalah perkara biasa yang dialami oleh sesiapa sahaja.
  • Buat persediaan awal secukupnya dari aspek isi kandungan atau bahan pengucapan.
  • Jalinkan interaksi awal dengan audiens sebelum bermula majlis (jika berpeluang berbuat demikian).
  • Kawal pernafasan anda. Amalkan pernafasan menerusi hidung kerana isipadu udara yang disedut akan lebih teratur dan menepati keperluan oksigen dalam tubuh.
  • Bina saranan kendiri bahawa anda mampu berucap dengan baik.
  • Buat tinjauan awal terhadap tempat berucap, audiens dan isi ucapan anda.
  • Praktikkan teknik visualisasi dengan membayangkan kejayaan pengucapan anda. Lakukan berulang-ulang kali untuk mengekalkannya di minda bawah sedar.
  • Perasaan gemuruh tidak akan diketahui oleh sesiapa pun. Dalam kata lain, anda tidak perlu risau langsung bahawa audiens dapat menghidu rasa gementar anda.
  • Tukarkan pemikiran negatif kepada positif. Lakukan berulang-ulang untuk mengekalkannya di minda bawah sedar.
  • Berucaplah kerana Allah bukan kerana manusia. Fokus kepada manfaat yang bakal diperolehi audiens daripada ucapan anda.
  • Amalkan teknik 'paksa diri' kerana fobia berucap hanya boleh diatasi dengan terus mencuba untuk berucap.

Sumber : 10 Tips Mudah Berucap Di Khalayak Ramai / Mohamad Azrin Bin Hassan
                 / Asa Mesra Printer