Tuesday, June 21, 2011

Apa Itu Insulin?

  1. Ialah suatu hormon yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita daripada organ tubuh yang dinamakan pankreas.
  2. Insulin berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Seseorang mengalami diabetes melitus apabila pankreas hanya menghasilkan sedikit insulin atau tidak mampu mengeluarkannya langsung.
  3. Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun 1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis dan bakteria.
  4. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program rawatan yang khas untuk setiap pesakit.
" Apabila kandungan gula di dalam darah selalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah pada jangkamasa yang akan datang. Dengan mengawal kandungan gula di dalam darah pada tahap yang baik, boleh memperlambatkan gejala diabetes "


Sumber - MIDI.

No comments: