Monday, September 19, 2011

DIABETES : Cegah sebelum terkena .....

  1. Tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah ini untuk turut sama mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diabetes.
  2. Dengan berbagai usaha yang boleh dilakukan seperti mengawal makanan, olahraga, dan pengambilan ubat penurun gula dalam darah, maka diharapkan gula dalam darah dapat dikendalikan.
  3. Namun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa perancangan dan pengawalan makanan serta olahraga merupakan usaha penting dalam mengendalikan kandungan gula dalam darah.
  4. Didapati ramai penderita diabetes melitus yang hanya mengutamakan ubat penurun gula dalam darah tanpa mengamalkan pola makan yang dianjurkan serta berolahraga. Oleh sebab itu, kebiasaannya, hasilnya kurang memuaskan!.
  5. Gula darah yang terkawal baik dalam jangka pendek akan dapat menghilangkan gejala diabetes melitus sedangkan dalam jangka panjang dapat mencegah pelbagai jenis penyakit lain yang boleh berpunca daripada diabetes melitus
  6. Gula darah dikatakan terkawal baik jika pada keadaan gula dalam darah dua jam setelah makan adalah 120 hingga 160 mg/dl. Disamping itu perlu juga diperhatikan berat badan agar menuju berat badan yang ideal serta kadar lipid darah (kolesterol, trigliserid) juga dalam paras normal.
  7. Dengan mengendalikan gula darah secara baik dalam waktu lama, banyak penyakit yang berpunca daripada diabetes melitus yang mungkin dapat dicegah. Ini penting diketahui oleh penderita diabetes melitus.
  8. Penyakit kronis biasanya timbul setelah bertahun-tahun menderita diabetes melitus dengan gula yang tidak terkawal dengan baik.
  9. Gula dalam darah yang tetap tinggi dalam waktu lama dapat menimbulkan gangguan pembuluh darah otak (stroke), pembuluh darah mata (gangguan penglihatan sampai kebutaan), pembuluh darah jantung (penyakit jantung koroner), pembuluh darah ginjal (penyakit ginjal kronik), serta pembuluh darah kaki (luka yang sukar sembuh).

Sumber - MIDI

No comments: